| Bukan nyala sembarang nyala, Nyala berlesau terbakar duri; Bukan gila sembarang gila, Gila sasau tak sedar diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apabila harilah senjakala, Nyala pelita supaya terang; Apabila bini lah tua renta, Jagalah hatinya supaya senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Besar puntung diberi minyak, Nyala api terdungak-dungak; Besar untung berbini banyak, Ke mana pergi rata membengkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Suluh puntung gesek bergesek, Nyala belum sampai sejengkal; Sungguh beruntung orang pesek, Kalau mencium sampai ke pangkal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Jangan taji disuruh ikat, Nyala api abang tadahkan; Janganlah janji suruh diikat, Nyawa di badan abang serahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |