Banyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Terbang nyamuk menyusur batang, Semut menggigit terasa sakit; Orang gemuk tidur terlentang, Perut buncit bagaikan bukit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak nyamuk di pangkal sialang, Kerana takut dimakan api; Badan nan gemuk tinggal tulang, Kerana rindu menahan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak nyamuk di hutan Tengar, Buah betik dipanggil papaya; Kicau murai lagi didengar, Inikan pula cerita manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Banyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tujuh langkah terbangnya nyamuk, Dihalau hujan pindah melayang; Sungguh gagah orang nan gemuk, Kalau berjalan rumah bergoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sabut kelapa elok dibakar, Asapnya dapat menghalau nyamuk; Takut terlupa elok berlajar, Supaya ingat jikalau suntuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Jemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |