Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.nyuʔ] | ڽاڽوق

Definisi : berkelakuan spt kanak-kanak (bkn orang yg sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bkn fikiran orang yg sangat tua), raban: entahlah, orang tua itu sudah ~ betul; menyanyukkan menyebabkan nyanyuk; kenyanyukan perihal (keadaan atau sifat) nyanyuk: mereka menyaksikan ~ orang tua itu dgn rasa insaf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.nyuʔ] | ڽاڽوق

Definisi : spt kanak-kanak (bkn kela­kuan orang tua); tidak berapa betul lagi (bkn fikiran orang tua): Orang tua itu sudah ~ agaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyanyuk


Pantun

PantunSumberTema
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang cempedak ranum dipangkal, Batangnya pandak sudah pun lapuk; Kupinang anak belum berakal, Kupinang emaknyalah tua nyanyuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas