Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nye.nya/] | ڽڽق

Definisi : tidak sedar apa-apa (ketika tidur), lena, lelap, nyedar: setelah itu ia pun tidur dgn ~nya; menyenyakkan menjadikan (seseorang) nyenyak: dia tertidur semula dinyenyakkan oleh dendang renyaian gerimis; kenyenyakan perihal (sifat atau keadaan) nyenyak, kelenaan: lampin yg direka dgn sempurna dpt memastikan keselesaan dan ~ tidur seseorang bayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nye.nya/] | ڽڽق

Definisi : tidak sedar akan apa-apa (ketika tidur); lena; lelap; nyedar: Ia pun tidur dgn ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyenyak
Bersinonim dengan lena, lelap, nyedar.,


Pantun

PantunSumberTema
Nyenyak tidur tidak terkira, Penat membuat rumah Laksamana; Banyak janda teruna dara, Jadi trauma akibat bencana.Pantun Melayu SarawakAgama
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa.Pantun Melayu SarawakBergendang
Sungguh beruntung menjahit tilam, Siap tilam tidurkan nyenyak; Sungguh beruntung berkulit hitam, Merayap malam tidakkan nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidur pun nyenyak; Elok lidah kerana beradab, Bila beradat tuturnya lemak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hanyutlah padi di tengah malam, Kerana orang tertidur nyenyak; Hanyutlah hati nyawa pun padam. Kerana kekasih sudah menolak. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumuh betung di tepi lubuk, Aurnya banyak bagai disulam; Sungguh beruntung berbini gemuk, Tidur nyenyak bagai di tilam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas