Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Tuan Katib mandi di ombak, Mandi di ombak laut Keteman; Budak kecil diberi gombak, Gombak menjadi sapu tangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekat | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang? | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Siapa suka bermain ombak, Lambat-laun pastilah karam; Siapa melupakan ibu bapak, Laknat turun mati direjam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |