Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,


Pantun

PantunSumberTema
Apabila bertiup angin barat, Ombak besar berhenti dulu; Apabila hidup ingin selamat, Bercakap benar berbudi tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana kita hendak belayar, Ombak besar memecah tebing; Bagaimana hamba hendak bersabar, Kudengar abang sudah berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mabuklah orang dalam perahu, Ombak besar setinggi rumah; Mabuklah abang duduk merindu, Adik kudengar pergi menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gulai lobak ikan senangin, Nampak lombong mengail emas; Ombak besar dikacau angin, Ikan di tepi mati lemas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hilang sudah perahu nadi, Dilanda ombak gelombang besar; Orang merendah malulah hati, Daripada menolak baik bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Laut bukan sebarang laut, Laut lebar dilanda ombak; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut besar kepala bengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas