Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Tuan Katib mandi di ombak, Mandi di ombak laut Keteman; Budak kecil diberi gombak, Gombak menjadi sapu tangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Laut bukan sebarang laut, Laut dalam ombak menggunung; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut tajam muak sekampung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Laut bukan sebarang laut, Laut lebar dilanda ombak; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut besar kepala bengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana sampan takkan ditambat, Bila di laut ombak mengganas; Bagaimana badan takkan melarat, Bila hidupnya banyak bermalas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang?Kurik Kundi Merah SagaBudi
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tombak disisip tidak berbingkai, Sumur di ladang panjang sedepa; Ombak di laut menyisir pantai, Nyiur melambai kepada siapa?Pantun Melayu SarawakKasih
Batang selasih diraut-raut, Buat bakul tidak berbingkai; Kasih ibarat ombak di laut, Singgah ke pantai hancur berkecai.Pantun Melayu SarawakKasih
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas