Yanglah langsung biarlah langsung, Supaya tak berat hati mengenang; Orang tua ompong biarlah ompong, Supaya tak dapat menggigit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang Pak Tua mulutnya ompong, Hendak mengunyah gusi berdarah; Sayanglah dara perutnya kembung, Hendak berlaki serba salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tiung mencuba terbang, Tinggi rendah terbang tak cedak; Awak ompong mengunyah pinang, Gusi berdarah pinang tak rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang menjadi rebung, Sedap sekali dibuat sayur; Sungguh malang berlaki ompong, Setiap hari memasak bubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak limau menjadi kedondong, Banyaklah puding dimakan ulat; Sejak harimau bergigi ompong, Banyaklah kambing melawan bersilat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buluh betung bercabang rebung, Batangnya tidak berbelah lagi; Sungguh beruntung orang ompong, Makan tidak mengunyah lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada untungnya membeli terung, Walau direndam tidakkan lengit; Ada untungnya berlaki ompong, Walau geram tak dapat menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh bertuah parang bangkung, Bila disimpan tak usah diasah; Sungguh bertuah orang yang ompong, Bila makan tak payah mengunyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Susahlah hati anak bayan, Duduk lemas berdiri hoyong; Susahlah hati hendak makan, Lauk keras gigilah ompong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |