Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.na/] | اونق

Definisi : 1. = akar ~ sj tumbuhan (pokok men­jalar), akar kait-kait, damai-damai, dedamai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; 2. sj tumbuhan (pokok rotan yg berduri), Plectocomia griffithii; 3. duri yg bengkok (spt kait). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.na/] | اونق

Definisi : duri yg bengkok (spt kait). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata onak

Peribahasa

Kecil anak besar onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Bila terpijak ke onak duri, Kaki berdarah rasanya pedih; Bila kusemak kehendak hati, Hati merana menahan pedih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekali orang merambah, Onak duri semua dilantak; Sekali abang bersumpah, Sampai mati takkan berganjak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa bergalah di malam hari, Banyak onak di haluan perahu; Apa yang salah di dalam diri, Awak hendak orang tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Awas-awas menjala ikan, Salah menjala terjala onak; Awas-awas menyapa kawan, Salah sapa kepala bengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tumbuh betung di tepi gubuk, Hendak ditebas dikait onak; Sungguh untung berlaki datuk, Kehendak lepas duit pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas