Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang biasa, orang awam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Banyak-banyak kerbau di padang,
     Memakan rumput di tepi telaga;
Banyak-banyak orang kupandang,
     Ada seorang permainan mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila musang beranak pinak, Alamat ayam menjadi punah; Apabila orang banyak melagak, Lambat-laun kepala kan pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa gendang tidak digual Keranan kulitnya terlalu lapuk; Mengapa orang banyak menyesal, Kerana mudanya beraku buruk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Banyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengapa ladang tidak ditengok, Kerana tak sudi menugal malam; Mengapa orang banyak kemaruk, Kerana tak peduli halal haram.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berbongkol; Baik adat elok orangnya, Elok orang banyak bergaul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pandai-pandai jika menari, Orang banyak yang menggantikan; Pandai-pandai menjaga diri, Lubang banyak di tengah jalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas