Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Anaklah enggang di kayu tinggi,
     Barang jatuh saya pegangi;
Orang dagang kami sanjungi,
     Semoga tuan hiburkan hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Pucuk padang tumbuh ke padang, Pucuk keduduk siapa punya; Orang dagang pulang ke dagang, Orang duduk siapa punya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anaklah enggang di kayu tinggi, Barang jatuh saya pegangi; Orang dagang kami sanjungi, Semoga tuan hiburkan hati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buku kedai kopi, Jual goreng pisang; Bukan mahu kami, Jadi orang dagang.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Kalau tuan pergi ke selat, Sarat dengan membawa bunga; Sedangkan orang dagang lat, Inikan pula keluarga sama.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang dagang makan di dulang, Sayang kerbau beri bertali; Dari malu didengar orang, Baik kulangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Si Upik Siti Rasani, Dua jo Sultan Nasaruddin; Usah diumpat dagang kini, Orang Tiajaran kan nan lain.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Beli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas