Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Encik Lebai naik ke bukit,
     Menangkap ayam di pohon gaharu;
Orang kebal lukanya sedikit,
     Remuk di dalam orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak lintah paya dalam, Orang menangguk anak udang; Nanti titah adik di dalam, Bukan tak tahu masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga selasih dibawa melayang, Bunga pudak dalam padi; Orang kasih saya tak sayang, Baru sedar dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga selasih di dalam dulang, Dibawa orang ke negeri Kemboja; Buah hati kekasih orang, Saya tumpang tertawa sahaja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju hitam dikancing tujuh, Mari dipakai Baba seberang; Kalau tuan berani sungguh, Ambillah saya dalam tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang pergi ke Bentan, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Orang karam di tengah lautan, Hamba karam di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas