| Pisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Serikaya pulut udang, Mari makan di tepi pangkin; Orang kaya lagi berhutang, Ini pula kita miskin. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Tak pernah memakan rendang, Setalam mana nan dijimati; Tak pernah orang kaya bertandang, Dendam mana nan dituruti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Buluh betung tumbuh di paya, Kait banyak duri pun banyak; Sungguh beruntung orang kaya, Duit banyak bini pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau berenang serati di paya, Berenang pula serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |