Lain datang lain buahnya, Buah masam disambal orang; Lain orang lain lidahnya, Lidah tajam dibedal orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lain selat lain sungainya, Lain padang lain belalang; Lain adat lain perangai, Lain orang lain pengenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain ikat lain simpainya, Lain tiang lain pemasak; Lain adat lain memakainya, Lain orang lain kehendak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain kembang lain tangkainya, Tangkai lapuk bunga pun gugur; Lain orang lain perangainya, Perangai buruk nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lain padang lain rumputnya, Rumput panjang padang kan semak; Lain orang lain mulutnya, Mulut lancang orang kan muak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lain balang lain isinya, Isi tumpah semua terbuang; Lain orang lain hatinya, Hati menyalah dihina orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lain lubuk lain ikannya, Ikan banyak dipukat orang; Lain duduk lain makannya, Makan tamat diumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Balasatudin berasal nama, Yang bernama si Simpanglah Tiga; Orang lain bukan tak ada, Abang seorang masih di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Abang mudik pergi ke Daru, Datang Daru teruslah ke Matu; Orang lain saya tak hirau, Hirau tak hirau kakanda satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |