| Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta | 
			
				| Taat laki sayang ke bini, Sayang sampai ke hari tua; Adat berdiri tenang negeri, Orang ramai hidup sejahtera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
			
				| Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat | 
			
				| Bukan mudah orang berhelat, Helat menjemput orang ramai; Bukan mudah memegang adat, Adat diikut dengan perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
			
				| Buah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
			
				| Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
			
				| Hujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka | 
			
				| Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
			
				| Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan | 
			
				| Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |