Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang meranik pulang ke rumah,
     Pulang rumah jauhlah ke darat;
Budak ini memang beroleh,
     Sikit bercinta melayang surat.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Di rumah sendiri dapur tak berabu,
     ke rumah teman pergi berpasak seribu.

Bermaksud :

Suka bertandang dan makan di rumah orang.

 

Lihat selanjutnya...(36)

499

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Apabila bermalam di rumah orang, Jangan dianggap rumah sendiri; Apabila meminjam hak milik orang, Jangan dianggap hak milik sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biarpun lading di tanah seberang, Elok berakit untuk kenduri; Biarpun senang di rumah orang, Elok bersakit di pondok sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengapa memakai selendang hijau, Kerana yang merah sedang dicuci; Mengapa sampai abang merantau, Kerana di rumah orang membenci.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak itikbawah rumah, Main budak cepat berlari; Oi, encik orang di rumah, Terima tidak kami ke sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sejak orang memagar rumah, Tenanglah ayam tidur di reban; Sejak kupandang mawar merah, Siang malam tak tentu makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas