Hari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Dari mana datang siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Macam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu Jawa memuat arang, Tiangnya miring senget sebelah; Malulah muka melihat orang, Sedang bersanding pencirit basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Asap api sebelah hulu, Tanda orang membakar ladang; Biar kumati menahan rindu, Daripada hidup dicabar orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan haji orang ke Makkah, Besar kecil tiada terbilang; Rasakan mati badan sebelah, Mendengar adik dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |