Air perigi nampak bening, Untuk minuman orang sekampung; Kupandang pipi yang putih kuning, Remuklah tulang pecahlah jantung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan menetakkan parang patah, Buat hulunya parang disambung; Jangan menegakkan benang basah, Membuat malu orang sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Daripada pergi menyerang musuh, Elok berdagang mencari untung; Daripada menanti abang yang jauh, Eloklah mencari orang sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari orang bertudung, Hari panas baju terbuka; Patahlah hati orang sekampung, Menteri ganas penghulu celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Waktu menteri berjaja jagung, Orang menangis mengurut dada; Pilulah hati dara sekampung, Bujangnya habis disikat janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |