Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.cu] | ڤاچو

Definisi : 1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yg dilekatkan pd tumit kasut (dipakai utk men­cepatkan kuda berlari); 2. (Komp) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan; 3. (Komp) tindakan menya­lurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain; berpacu 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda; memacu 1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; pacuan 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan; pemacuan perihal (proses, perbuatan, tin­dakan dsb) memacu: penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara; ~ kuda; pemacu 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg diguna­kan utk menyimpan dan mendapatkan kem­bali data pd cakera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.cu] | ڤاچو

Definisi : 1 besi tajam atau roda bergerigi yg dipakai pd tumit kasut utk menggesa kuda berlari. 2 ist tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan. 3 ist tindakan menyalurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain. memacu 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. pacuan 1 perlumbaan berlari. 2 tempat perlumbaan kuda. 3 yg dipacu: Kenderaan ~ empat roda. pemacuan perihal, proses, perbuatan dsb memacu: ~ pertumbuhan ekonomi. pemacu 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacu (kata nama)
Bersinonim dengan taji, susuh, sungga;,
Kata Terbitan : berpacu, memacu, pemacuan,

Puisi
 

Laksamana pergi berperang,
     Pacu kuda dari Patani;
Saya naga bertapa di padang,
     Sekalian bisa di tangan kami.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Pacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Laksamana pergi berperang, Pacu kuda dari Patani; Saya naga bertapa di padang, Sekalian bisa di tangan kami.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Beli kuda baik dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas