| Banyaklah padi berdaun sebelah, Pada bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Zaman kini kemarau panjang, Layu semua betik dan terung; Badanku mati di rantau orang, Hatiku pada adik di kampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Di mana letak jelaga, Jelaga terletak pada sumbu; Di mana letak syurga, Syurga di telapak kaki ibu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Zaman dahulu zaman bahari, Jauh sudah kita tinggalkan; Janganlah malu pada suami, Baju di dada kita tanggalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Pada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Yakin di hati yakinlah umat, Niat tak habis pada yang luhur; Lain dicari lain yang dapat, Tak dapat gadis janda pun syukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Raja semayam di dalam kota, Banyak menghadap segala menteri; Pada saya hendak berkira, Abang baik pergi sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Kembang cendawan di tengah padang, Tempat Cik Siti memacu kuda; Pada bulan baik bintang, Sungguhpun kecil selalu ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |