Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padahnya

Puisi
 

Padi pulut beras segantang,
     Gula sekati buat tambahnya;
Hujan ribut pohon bergoncang,
     Gempa di hati buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terdorong kaki badan merasa,
     terdorong lidah emas padahnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah hati-hati; janji wajib ditepati.

 

Lihat selanjutnya...(5)

647

Words once spoken you can never recall

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words once spoken you can never recall . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Galah kain galahnya kayu, Galah terap dua galahnya; Salah kain padahnya malu, Salah cakap nyawa padahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok-elok menebang kayu, Kalau tidak ditimpa ranting; Elok-elok abang meminang, Kalau tidak padahnya buruk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini ada gunanya; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami nyawa padahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan menampi-nampi kacang, Kalau ditampi busuk buahnya; Jangan mengapi-ngapikan orang, Kalau berapi buruk padahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak batang perkara batang, Batang keranji banyak buahnya; Banyak hutang perkara hutang, Hutang janji nyawa padahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jalan naik jalan mendaki, Siapa mendaki lelah rasanya; Jangan adik lupakan janji, Mungkir janji nyawa padahnya. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi memajak tanah di anjung, Uni menjadi ambil buahnya; Bumi dipijak langit dijunjung, Sebiji padi emas padahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Padi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya; Hujan ribut pohon bergoncang, Gempa di hati buruk padahnya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pakai tanjak pergi ke Acheh, Sarat pula baju jubahnya; Biar bijak jodoh dipilih, Kalau tidak kecewa padahnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas