Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padang kundur padang terap, Padi secupak jual di pekan; Sedang tidur tidak lelap, Anak didodoi lapar tak makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Padang pasir memanglah luas, Ke mana memandang pasir melulu; Orang pandir kuranglah cerdas, Kerananya pantang jadi penghulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang pasir amatlah luas, Jauh memandang tiada suntuk; Orang pandir sifat pemalas, Perut kenyang lupa periuk, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang pasir udaranya hangat, Pergi kesana rasa terpanggang; Orang pandir bicaranya sesat, Menjadi ketua dicerca orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang pasir debunya tebal, Berjalan kaki pastilah lenjin; Orang pandir tentulah bebal, Jangan sekali jadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang pasir jalan berdebu, Di sana banyak kala bersarang; Orang pandir jangan diganggu, Supaya tidak dicerca orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang rumput jarang kayunya, Di sana banyak puyuh bersarang; Orang takut pantang dianiaya, Supaya tidak dimusuhi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang rumput jalan setapak, Di sana ternak mencari makan; Orang takut jangan dibentak, Supaya tidak dibenci kawan | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |