Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(322)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(59)

457

Ever Homer sometimes nods

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada padi yang bernas setangkai

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but ever Homer sometimes nods . Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada padi yang bernas setangkai. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik turun membawa padi, Padi bendang padi ternama; Adik sepantun bunga melati, Kami memandang menjadi gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan padi sayang, sebarang padi, Padi disimpan peti, di dalam peti, Bukan budi sayang, sebarang budi, Budi dikenang mati, sampai ke mati.Pantun Melayu SarawakBergendang
Buat padi tak jadi padi, Padi bunganya lalang; Buat budi dibalas budi, Kekasihku sentiasa dikecek orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pak Uda menuai padi, Padi disimpan di dalam raga; Walau apa akan terjadi, Sakit senang teruskan juga.Pantun Melayu SarawakKasih
Orang Acheh menanam padi, Padi tumbuh nampak jarang; Antara kasih dengan budi, Budi juga dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Banyak saya menabur padi, Padi habis dimakan merang; Banyak saya menabur budi, Budi tidak dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak itik makan padi, Padi disimpan di bawah tangga; Cantik sungguh adik yang tadi, Siang malam terbayang di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas