Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Pagi-pagi menanam selasih,
     Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
     Kerana tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Air pasang menganjur pagi, Tidaklah sempat menghanyut suntang; Sudah terlanjur main jua begini, Endaklah dapat disintak pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai petang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah mempelam buah papaya, Mari dimakan pagi hari; Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak rusa di tepi paya, Makan pagi mengulam rumput; Tidak orang semacam saya, Tahan hati mengulam perut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang tengah jalan, Pasang mari terus ke pagi; Jika terkenang tengah makan, Air mataku jatuh ke nasi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati di Bukit Ngulang, Anak merbuk sarang di luar; Kuulang pagi kuulang petang, Hingga buruk kaki seluar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas