Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pahat (kata nama)
Bersinonim dengan gang, gogol, tatah;,
Kata Terbitan : berpahat, memahat, pahatan, pemahat,

Puisi
 

Batu Pahat Sungai Kundur,
     Tempat tumbuh paku dulang;
Kalau jahat baiklah undur,
     Jangan menyakit hati orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai pahat,
     tidak ditukul tidak makan.

Bermaksud :

Bekerja hanya kalau diperintah. (Bandingkan dengan: Seperti pahat dengan penukul).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Biarlah pahat bermata parang, Asalkan badik besi bertuah; Biarlah jahat di mata orang, Asalkan baik di sisi Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna pahat matanya tajam, Bila dihentak semakin masuk; Berguna adat maknanya dalam, Bila disemak makin seronok.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lain pahat lain bajinya, Lain baji lainlah simpai; Lain adat lain kajinya, Lain kaji lainlah curai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Batu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Batu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Batu Pahat Simpang Empat, Satu simpang ke Tanjung Melaka; Sudah kutilik dalam makrifat, Tuan seorang menjadi puja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat;Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Biarlah orang membuat pahat, Kita membuat badik juga; Biarlah orang membuat jahat, Kita berbuat nan baik juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas