Biarlah pahat bermata parang, Asalkan badik besi bertuah; Biarlah jahat di mata orang, Asalkan baik di sisi Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna pahat matanya tajam, Bila dihentak semakin masuk; Berguna adat maknanya dalam, Bila disemak makin seronok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain pahat lain bajinya, Lain baji lainlah simpai; Lain adat lain kajinya, Lain kaji lainlah curai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Batu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Batu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Batu Pahat Simpang Empat, Satu simpang ke Tanjung Melaka; Sudah kutilik dalam makrifat, Tuan seorang menjadi puja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Biarlah orang membuat pahat, Kita membuat badik juga; Biarlah orang membuat jahat, Kita berbuat nan baik juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |