Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi bapak; ~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg ber­janggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep bapa(k). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pak I

Puisi
 

Pak Lekup minta sedekah,
     Mari sedekah rumah Pak Gapur;
Bulan cukup abang nak nikah,
     Minta duit belanja dapur.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Malang Pak Kaduk,
     ayamnya menang kampung tergadai.

Bermaksud :

Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Ayun pak pek pak pong, Ayun laju laju; Apa kakak dukung, Dukung kucing kelabu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pak Lekup minta sedekah, Mari sedekah rumah Pak Gapur; Bulan cukup abang nak nikah, Minta duit belanja dapur.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pak Dolah orang bersantun, Bersantun berbudi anak watan; Bismillah kumulakan pantun, Pantun bersulam bunga harapan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Pak Haji pergi ke pekan, Hujan lebat tak jadi belayar; Gaji sebulan tak cukup makan, Hutang bertambah bila nak bayar.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pak Usu dari Merudu, Datang berdagang asam jawa; Jangan diturut hati rindu, Rosak badan merana jiwa.Pantun Melayu SarawakKasih
Pak Salleh membuat rebana, Ambil kayu dari bukit; Jika kekasih papa kedana, Bapa tak pandang barang sedikit.Pantun Melayu SarawakKasih
Pak Ajikik pandai bercerita, Sauk terkenal kerana tentera; Tercekik makan hati berkata, Lauk sedap tiada selera.Pantun Melayu SarawakKasih
Pak Uda menuai padi, Padi disimpan di dalam raga; Walau apa akan terjadi, Sakit senang teruskan juga.Pantun Melayu SarawakKasih
Pak Mamat membuat rakit, Buat sekadar menjemur jala; Rahmat Allah bukan sedikit, Buka mata lihat segala.Pantun Melayu SarawakAgama
Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas