Ayun pak pek pak pong, Ayun laju laju; Apa kakak dukung, Dukung kucing kelabu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pak Dolah orang bersantun, Bersantun berbudi anak watan; Bismillah kumulakan pantun, Pantun bersulam bunga harapan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Pak Haji pergi ke pekan, Hujan lebat tak jadi belayar; Gaji sebulan tak cukup makan, Hutang bertambah bila nak bayar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pak Usu dari Merudu, Datang berdagang asam jawa; Jangan diturut hati rindu, Rosak badan merana jiwa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pak Salleh membuat rebana, Ambil kayu dari bukit; Jika kekasih papa kedana, Bapa tak pandang barang sedikit. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pak Ajikik pandai bercerita, Sauk terkenal kerana tentera; Tercekik makan hati berkata, Lauk sedap tiada selera. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pak Uda menuai padi, Padi disimpan di dalam raga; Walau apa akan terjadi, Sakit senang teruskan juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pak Mamat membuat rakit, Buat sekadar menjemur jala; Rahmat Allah bukan sedikit, Buka mata lihat segala. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila Pak Utih mudik ke hulu, Singgah mengambil buah mengkudu, Bila berkasih makan tak lalu, Setiap waktu asyik merindu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |