Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pala

Puisi
 

Buah beluru buah belerang,
     Buah pala atas bukit;
Dari dahulu hingga sekarang,
     Jauh berbeza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas