Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap, pembalut ketupat, dll), Licuala spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palas I

Puisi
 

Pucuk palas si daun palas,
     Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
     Asal ingat dalam hati.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Tetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk palas si daun palas, Tetak mari beranti-ranti; Bukan berbudi minta balas, Asal ingat dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Daun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pucuk capa disayur manis, Daun palas dalam padi; Belum baca tunduk menangis, Rasa belas di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12

Kembali ke atas