Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palembang

Puisi
 

Berapa dalam Sungai Palembang,
     Tempat orang turun menjala;
Sungguh ada senjata di pinggang,
     Tidak boleh ditikam saja.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Arang habis binasa,
     tukang hembus penat saja.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Encik Isa anak Palembang, Dari Patani lalu ke Kelantan; Sekalian bisa lagi kubuang, Inikan pula bisa di badan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Cik Mat anak Palembang, Buat ladang tanam padi; Kalau dah tahu rimau garang, Baik duduk tempat yang tinggi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Banyak udang Kuala Palembang, Mari dicedok tudung sebiji; Anak orang jangan dibimbang, Satu kerja haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Merak emas merak Palembang, Merak suasa patah kaki; Gunung emas sudah hilang, Gunung suasa ada ganti.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari Makasar pergi Palembang, Lalu di Embun Majapahit; Sungguh kasar kain jarang, Kalau ditenun jadi baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari Deli pergi Palembang, Singgah bermalam dalam pekan; Berapa tinggi kumbang terbang, Di tangkai jua mencari makan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tepak ini buatan Palembang, Mari dialas dengan kertas; Jangan adik berhati bimbang, Benda di tangan tidak terlepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi ditunda dari Palembang, Jurumudi turun ke perahu; Dapat sekaki bunga kembang, Terlalu sedap rasanya bau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas