Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nah] | ڤانه

Definisi : 1. = ibu ~ = baur ~ kayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam); 2. = anak ~ benda tajam yg di­lancarkan dgn ibu panah, anak busur; ~ kelodan sl petir; ~ matahari cahaya (sinar) matahari; berpanah 1. memakai (mempunyai) panah: satu pasukan askar ~; 2. menggunakan panah: kami ada lawan ~; berpanah-panahan saling menggunakan panah (dlm pertempuran): maka segala yg memegang panah ~; memanah 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; memanahi melepaskan anak panah berkali­kali kpd; memanahkan 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. me­lancarkan sesuatu spt anak panah; panahan 1. hasil perbuatan memanah; 2. pan­dangan (mata) yg seolah-olah memanah: Tun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak mata Tun Pateh; pemanah orang yg memanah; sepemanah sejauh tiba panah yg dilepaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nah] | ڤانه

Definisi : senjata yg terdiri drpd benda melengkung yg diberi bertali (busur) serta benda tajam spt seligi. anak ~ benda tajam yg dilepaskan drpd busur. ibu ~ benda yg dilengkungkan serta diberi bertali utk melepaskan anak panah; busur. memanah 1 menuju sesuatu dgn anak panah; melepaskan anak panah (pd): Sang pemburu berjaya ~ seekor kijang. Di samping belajar menunggang kuda, putera itu belajar ~ juga. 2 ki bergerak dgn amat cepat: Pasukan pihak Berikat telah ~ ke Berlin. memanahkan melepaskan sesuatu dr busur: Ia pun ~ anak panah sakti itu ke arah musuh-musuhnya. panahan hal memanah; hasil drpd memanah: ~nya tepat mengenai sasaran. pemanah orang yg memanah. sepemanah sejauh jarak yg diliputi anak panah yg dilepaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panah

Puisi
 

Tetak buluh buat panah,
     Hendak panah kuda berlari;
Minta laut jadikan tanah,
     Senang abang berulang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tetak buluh buat panah, Hendak panah kuda berlari; Minta laut jadikan tanah, Senang abang berulang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tiung julai asam, Anak panah Seri Rama; Tunduk cium mukanya masam, Datang fitnah dari mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh lalang di tepi teratak, Semilunya tajam bagaikan panah; Sungguh malang berbini banyak, Satu berhentam semua menyumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gertak-gertak perahu Cina, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Panah gajah rusa yang kena, Rusa dilihat pelanduk yang mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sangat ajaib buahnya padi, Menjadi emas berbatang suasa; Sangatlah sakit rasanya hati, Terkena panah penyakit cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas