Cik Genap memakan lada, Lada ada di kebun orang; Menghadap panau di dada, Panau di pipi naga berjuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terpotong pandan ditimpa enau, Patah tangan ditimpa terap; Beruntung badan ditimpa panau, Bertuah badan ditimpa kurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok menebang batang enau, Enau subur lampai berbatang; Elok memandang orang berpanau, Panau bertabur bagaikan bintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hincang-hincut si kaki ayam, Ayam berlaga dengan puyuh; Jangan takut berjalan malam, Panau di dada dibuat suluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Panjang pandak si pucuk limau, Panjang menyapu awan muda; Budak kecil di ambang panau, Tidak disangka membuat gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |