Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pendek: keris ~; orang ~ tembun; memandakkan menjadikan pandak, me­mendekkan; memperpandak menjadikan lebih pandak, memperpendek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandak I

Puisi
 

Keris pandak panjang lima,
     Pakai anak raja Melayu;
Saya hendak sudah lama,
     Hendak khabar hati malu.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Panjang pandak si pucuk limau, Panjang menyapu awan muda; Budak kecil di ambang panau, Tidak disangka membuat gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tikar pandak sambar gelama, Mari bentang haluan perahu; Saya hendak sudahlah lama, Saja tuan buat tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Keris pandak panjang lima, Pakai anak raja Melayu; Saya hendak sudah lama, Hendak khabar hati malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh baik berbaju pandak, Pendeknya sedang dalam setara; Sungguhlah baik laku si pekak, Diejek orang didiamkan saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tuah berpuasa di bulan Syawal, Pandak berlari termengah-mengah; Sawah padi sudah dijual, Hendak mendiri rumah mewah.Pantun Melayu SarawakNasib
Sayang cempedak ranum dipangkal, Batangnya pandak sudah pun lapuk; Kupinang anak belum berakal, Kupinang emaknyalah tua nyanyuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit pandak bertuang baja; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit hendak mengulang janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Banyak pelita dipasang terang, Pelita mati sumbunya pandak; Banyaklah cinta disebut orang, Cinta sejati pada ibu bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas