Pandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Mati terselit di bawah pandan, Pandan berbunga wanginya; Baru berjumpa muka dan badan, Kiranya cincin akan tandanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kutanam selasih di tepi halaman, Pandan berduri pandan mengkuang; Kutinggal kekasih kutinggal teman, Ke medan ilmu aku berjuang. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pulau Pandan ke tengah, jauh ke tengah, Gunung Daik tiga, bercabang tiga; Hancur badan tanah, dikandung tanah, Budi baik juga, dikenang juga. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Daun pandan sedepa, panjang sedepa, Dtanam orang kubur, di Munggu Kubur; Siang malam lupa, saya tak lupa, Lupa tak lupa tidur, di dalam tirdur. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Menganyam pandan si dara jelita, Memakai baju kain sutera; Tidak kita menanggung derita, Kerana hidup aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Daun pandan panjang sedepa, Ditanam orang di Munggu Kubur; Siang malam saya tak lupa, Lupa tak lupa dalam tidur, | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |