Pangeran duduk di Jambi, Puyuh maharam di atas padi; Sangat hairan di hati kami, Guruh menderam hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Datuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak negeri anak pangeran, Hendak bermain di bawah rumah; Hati rindu apa dihairan, Makan di tangan kerana disuruh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Si kain pelikat Raja Pangeran, Tuang serbat di dalam takar; Sangat ajaib kerja yang hairan, Hujan lebat rumah terbakar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |