Raja panggil memukul canang, Canang dipukul bertali-tali; Hendak meminta ataupun meminang, Bolehlah abang meminta sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini malam Jumaat, Pasang dian di pangkal titi; Tepuk bantal panggil semangat, Mahukah kita bersama mati? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih kuning di Bongor Lambok, Tahu dipanggil Apek Serona; Putih kuning sarananya tajuk, Nak panggil tak tahu nama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |