Panjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Yang pancang biarlah pancang, Malang pancang cepat lapuk; Orang panjang biarlah panjang, Malang panjang cepat bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain putih panjang sembilan, Panjang sepuluh berkelim rambu; Adik putih tidur semalam, Lekat peluh hodohnya bau. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Panjang serabut tali belati, Jejak ke tanah batang cendawan; Yang disebut hulubalang sejati, Tidak pernah membilang lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Panjang sifat kaki melela, Orang meraih di Lubuk Johor; Di mana tempat hatimu gila, Hitam manis rambutnya kejur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Panjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Panjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju panjang berwarna merah, Bawa berlagak berjalan jauh: Barukan sayang sudah berpisah, Bumi kupijak rasakan runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |