Ada kain dilipat-lipat, Anak sulung sambut beradat; Panjang umur si tua keparat, Tidak terkena hukuman sebat. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tanam kelapa ke darat seorang, Baru bertimbal di mungguk kubur; Panjang umur saya mengenang, Dengan tuan iman tak gugur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Amat mengail ikan, Dapat seekor ikan tenggiri; Selamat tinggal saya ucapkan, Panjang umur berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Hai berkayuh ke Sungai Panjang, Di sana urusan berhari-hari; Minta doa umur panjang, Kalau berjumpa terkenang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |