Ada baju tidak dipakai, Ada sarung warna merah; Sekali Tsunami melanda pantai, Sekali pantai berubah wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak ke pantai membuat pukat, Hendak memukat di Tanjung Api; Kerana memandang harta dan pangkat. Budi pekerti sisih ke tepi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Nyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pergi ke pantai menjala ikan, Dapat seekor ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buah nipah di tepi pantai, Disebut orang buah tembatu; Sudah kurapah teluk dan pantai, Adik menghilang tiada bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kerakap tumbuh di pantai, Pohon ijuk tumbuh berjajar; Bercakap kami tak pandai, Mohon ditunjuk dan diajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |