Hilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Di atas para buah pauh, Burung plastik buah Melaka; Tuan jauh saya pun jauh, Di dalam mimpi kita berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang kacip, Para pembesar berjaja pinang; Pilulah hati mengenang nasib, Mentua kasar lakinya garang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri meratah petai, Para pembesar patuh menengok; Begitu isteri meminta cerai, Suami mendengar jatuh terduduk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah berembang di atas para, Anak kumbang terlampai-lampai; Memakai subang kusangka dara, Rupanya memang ditebuk tupai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari; Keringlah laut selat Melaka, Barulah saya mungkirkan janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kuda-kuda langit, Dekat atas para; Jaga-jaga sedikit, Dekat dengan bapa. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Ayam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Terubuk masin enak rasanya, Jadi sebutan para pelancong; Tumbuk rusuk rasuah katanya, Orang berbudi dipandang serong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |