Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rupa muka seseorang; wajah: Mereka itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paras I

Puisi
 

Pucuk palas tumbuh di kuala,
     Sayang langgudi tumbuh di pancur;
Rupa paras saya tak gila,
     Kerana budi hatiku hancur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti emas yang sudah tersepuh.

Bermaksud :

Paras yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bacaan API paras bahaya, Melebihi angka lapan ratus; Tugas memadam jadi terpedaya, Hutan dibakar terus menerus.Pantun Melayu SarawakUmum
Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik kedek-kedek, Masuk sawah padi; Paras rupa cantik, Elok hati budi.Pantun Melayu SarawakKiasan
Beri makan itik, Itik kedek-kedek; Pintar lagi cerdik, Paras rupa cantik.Pantun Melayu SarawakKiasan
Pucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang menggala di bawah beringin, Patah penarik tunggang-langgang; Apa sebab abang tak ingin, Rambut elok paras ke pinggang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas