Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,

Puisi
 

Pergi ke pasar membeli bayam,
     Bayam ada bercampur kangkung;
Jangan diturut resmi ayam,
     Belum bertelur riuh sekampung.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(2)

68

Never buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Angkatlah dari pasar landih, Membeli tali pasar senyawan; Demi kupandang wajah kekasih, Merosak hati menggugur iman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke pasar membeli bayam, Bayam ada bercampur kangkung; Jangan diturut resmi ayam, Belum bertelur riuh sekampung.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Membeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pergi ke pasar membeli keladi, Opak ubi sama borongkan; Biarlah biar apa terjadi, Kehendak hati saya turutkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Membeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Betik dijual di pasar Padawan, Air mengkudu air tebu; Adik seorang rindu-rinduan, Orang dirindu tak ambil tahu.Pantun Melayu SarawakKasih
Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Membeli tali di pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Merosak hati menggugur iman, Menyuruh gila apakan jadi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Harap kami ke pasar sayur, Kelebihan diri apalah dia; Abang rindu saya tak tidur, Kasih rindu saya tak rela.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila duduk di tengah pasar, Banyak berjumpa sahabat handai; Apabila mulut berkata kasar, Rosaklah nama jahat perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345

Kembali ke atas