[pa.sa.ran] | ڤاسرن
Definisi : 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negaranegara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.sa.ran] | ڤاسرن
Definisi : 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)