Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasir

Puisi
 

Pakai kasut turun ke pasir,
     Datang ke pasir lalu berjalan;
Hati kusut tidak terucir,
     Ucirlah ucir darimu tuan.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(18)

422

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air bah, sekali pasir berubah

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air bah, sekali pasir berubah,'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Pasir putih Pasir Linggi, Tempat abang bermain bayang; Adik putih mahligai hati, Di situ tempat abang sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasir tinggi Kuala Patani, Rasa nak menangguk rasanya tidak; Apa tafsir kepada kami, Rasa nak masuk rasanya tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai kasut turun ke pasir, Datang ke pasir lalu berjalan; Hati kusut tidak terucir, Ucirlah ucir darimu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padang pasir amatlah luas, Jauh memandang tiada suntuk; Orang pandir sifat pemalas, Perut kenyang lupa periuk,Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Padang pasir udaranya hangat, Pergi kesana rasa terpanggang; Orang pandir bicaranya sesat, Menjadi ketua dicerca orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Padang pasir debunya tebal, Berjalan kaki pastilah lenjin; Orang pandir tentulah bebal, Jangan sekali jadi pemimpin.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Padang pasir jalan berdebu, Di sana banyak kala bersarang; Orang pandir jangan diganggu, Supaya tidak dicerca orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12345

Kembali ke atas