Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasti;

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Yang mudik pasti ke hulu, Yang hilir pasti ke muara; Orang cerdik menjadi guru, Orang pandir jadi muridnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila lancang sudah bocor, Pasti berbahaya ke laut lepas; Apabila abang berkata jujur, Pasti menjawab ikhlas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awas-awas memasang taji, Salah pasang pasti kendur; Awas-awas berhutang budi, Salah hutang pasti hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila lidah sudah tergigit, Pasti mulut menjadi bisu; Bila cinta jadi penyakit, Pastiku ikut sejak dahulu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila sampah sudah belayar, Ombak datang pasti ditempuh; Apabila iman sudah mengakar, Cubaan datang hatinya teguh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka memanjat tiang, Lama-lama pasti tercampak; Siapa saja kuat berhutang, Lama-lama mati mendadak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Perahu Champa memuat tepung, Tiap senja pasti berhenti; Malu bekerja perut kosong, Gelap mata menjadi pencuri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yakin ada percaya tidak, Kerana khabar belum pasti; Berkain ada kebaya tidak, Dada berdebar menahan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jalan Haji Taha, Jual buah sekaya; Ada daya usaha, Pasti akan berjaya.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Beratlah besi daripada kayu, Siapa berbeban berasa letih; Niatku pasti akan menunggu, Walaupun tuan sudah beralih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas