Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.su.pa.su] | ٢ ڤاسو

Definisi : tulang pipi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasu-pasu

Puisi
 

Bunga ros dalam pasu,
     Mari tudung dengan kain;
Janji tuan janji palsu,
     Janji sudah berubah lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Santan masuk ke pasu,
     ampasnya tumpah ke tanah.

Bermaksud :

Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Yang pasu biarlah pasu, Untung pasu banyak gunanya; Orang bisu biarlah bisu, Untung bisu banyak gayanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Yang pasu susah dijual, Salah jual tampak mahalnya; Orang bisu dibawa berbual, Salah bual awak dibedalnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Besarlah pasu daripada pinggan, Dipakai orang menyimpan minyak; Besarlah nafsu dara pingitan, Mengintai bujang nasi tak masak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Serumpun bunga dalam pasu, Harum berputik bunga lilin; Kupohon doa kupohon restu, Embun menitik di tempat lain.Pantun Melayu SarawakKasih
Ada malangnya membeli pasu, Bila sumbing disimpan saja; Ada malangnya berbini bisu, Bila merunding tangan meraba.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada untungnya membeli pasu, Pecahnya tidak sulit berganti; Ada untungnya berbini bisu, Marahnya tidak memaki-maki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untungKurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Bunga ros dalam pasu, Mari tudung dengan kain; Janji tuan janji palsu, Janji sudah berubah lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas