Tengah hari berburu gajah, Penat berburu bikin pelubang; Patah hati kelulah lidah, Melihat guru bermain sumbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukit tinggi berhutan lebat, Banyaklah burung diam di sana; Patah hati hidup melarat, Hendak berkunjung malulah muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kuini masak sedahan, Belum juga jatuh ke tanah; Patah hati rosaklah badan, Kerana adinda tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari menggetah burung, Baju basah tubuh pun longlai; Patah hati pecahlah jantung, Baru nikah disuruh bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bulan Safar bulan kedua, Sesudah itu Rabiulawal; Menahan lapar tidak mengapa, Patah hati sampailah ajal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila kaki sudah penat, Barang ke mana tidakkan sempat; Apabila hati patah semangat, Sebarang kerja takkan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana padi tidakkan basah, Pagi petang dilimbur pasang; Bagaimana hati tidakkan patah, Kekasih hilang direbut orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |