Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

 

Lihat selanjutnya...(59)

390

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Antan patah lesung hilang.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Patah kaki patah tangan, Ada tongkat kami berjalan; Walaupun Aceh tinggal kenangan, Kami tinggal menerus perjuangan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Yang patah biarlah patah, Supaya cepat bertunas lagi; Orang lemah biarlah lemah, Supaya dapat ditindas lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh elok parang patah, Parang patah banyak pakunya; Sungguh elok orang latah, Orang latah banyak lakunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Patah paku pucuk mengkudu, Pisang masak di dalam karung, Kata diikat setia dipadu, Bukan masa kita terkurung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Patah gergaji kayu hidup, Kena kaki anak dara; Sudah tahu gaji tak cukup, Kenapa beli Proton Wira?Pantun Melayu SarawakNasihat
Patah galah di tepi pagar, Untuk menjolok durian belanda; Sudah berpangkat bergaji besar, Datang ke pejabat jangan tiada.Pantun Melayu SarawakNasihat
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang.Pantun Melayu SarawakNasib
Patah sayap si burung helang, Kerana ditembak anak pemburu; Apalah diharap kepada abang, Hamba ini anak yatim piatu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas