Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : tidak membantah sebarang suruhan atau perintah; menurut; taat: Kita hendaklah sentiasa ~ kpd undang-undang negara. mematuhi berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. kepatuhan sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. pematuhan perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,

Peribahasa

Air orang disauk,
     ranting orang dipatah,
adat orang diturut.

Bermaksud :

Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Yang patuh biarlah patuh, Supaya dapat dicontohi lagi; Orang bodoh biarlah bodoh, Supaya dapat diperbodohkan lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Patuh Melayu kepada yang hak, Bila batil diketepikan; Senonoh laku kukuhlah tegak, Besar kecil jadi teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada sunah, Sunah nabi pembawa rahmat; Senonoh laku sempurna lidah, Hidup mati pahalanya dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu mengikut firman, Firman Allah Yang Maha Besar; Senonoh laku berpatut iman, Iman dan takwa menjadi pagar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada syarak, Syarak berisi Quran dan sunah; Senonoh laku takahnya nampak, Duduk berdiri dirahmati Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu ke datuk nenek, Orang yang tua dimuliakan; Senonoh laku bicara molek, Barang ke mana orang tuakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada bapak, Bapa alim anak bertuah; Senonoh laku sempurna tegak, Bagaikan kayu banyak berbuah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada ayah, Zuriatnya turun kepada anak; Senonoh laku membawa tuah, Sifat penyantun maruahnya tegak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas